Muhasabah Diri ( Introspeksi diri )
Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam
menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa
beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi
menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke
satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari
saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar
yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini tentang introspeksi diri. Kita kan insan yang selalu
dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar
senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang
sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula
memperingatkan sahabat. Betulkan?
Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang
senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke
satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci.
Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah
diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana
salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap
peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa
muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif
terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?
Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita
menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini
banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita
lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang
perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan
yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara
kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan
satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan
mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini
lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas
membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum
ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]
Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan
kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu.
Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh
yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca
emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata
sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun
menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk
melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang
secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti ,
selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2
kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah
di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik
tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS'
dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur
kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada
kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan
kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka
hilanglah 'bonus' itu kan
!
Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan
yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan
yang telah kita lakukan !
Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah
susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang
beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang
negatif. Ingin membuat kejahatan.
Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena
selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan
kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah
susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan
kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam
cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon